Pengajian Awal Kanak-Kanak Kolej Vokasional
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera cehh wah. Sekarang dah nak habis dah pun bulan 11, sekolah tengah cuti la kan. Yang mana tengah tunggu result PT3 tu, banyak banyakkan berdoa ya. Insha Allah, result baguss. Tahun depan nak masuk mana? SMK? MRSM? SBP? KV? Korang masuk jelah mana mana yang diterima dan bila lagi nak berdikari yee.
 
Aku sebagai senior hangpa, senior 1 tahun ja, aku nasihatkan jangan la terlalu mengharapkan keputusan yang bagus. Aku bukan nak menjatuhkan semangat hangpa, cuma kita dah berusaha habis pulun semua. Sekarang berdoa ja lah pada tuhan naa. Okey la kita direct terus dengan tajuk kita hari ini, iaitu Pengajian Awal Kanak-kanak. Itu adalah salah satu kos yang ada dekat Kolej Vokasional (KV). Tapi bukan dekat semua KV lah ada kos ni. Yang aku tahu ada dekat KVERT Setapak,KVERT Azizah dan lain-lain. Banyak lagi kos dekat KV ni, hangpa pergi google sendiri la. Baguihh kalau hangpa masuk KV ni, belajaq 4tahun dapat sijil DIPLOMA.
 
Aku belajaq dekat KV ni baru setahun (sem 1 dan 2) Alhamdulillah semuanya okey je. Baru setahun macam-macam aku belajar lagi 3 tahun taktau la apa yang aku balajar. Kebiasaannyakan bila orang dengar pasal kos ni, dalam kepala semua pasal "basuh berak budak" "bancuh susu" "tukar lampin budak" . Kami dah biasa dengar kata kata itu. Kos ni bukan pasal jaga kanak-kanak je, sekali dengan cara nak menguruskan tadika,taska,prasekolah,pengasuh dan lain-lain lah. Aku pilih kos ni pun sebab aku rasa kos ni lah paling selamat. Sebab apa? Sebab kita berunding dengan kanak-kanak. TAPI, itu semua hanya perasaan aku je. Kau kena juga berunding dengan orang dewasa contohnya, cikgu kau,cikgu kanak-kanak.pengasuh dan ibu bapa kanak-kanak.
 
Aku bukan nak menakutkan, takde yang menakutkan pun. Everything okey. Disamping kau belajar. kos ni juga akan melakukan event seperti Maulidur Rasul, Hari Raya,Hari Merdeka dan lain lain. Event yang diadakan tiada langsung kena-mengena dengan pihak kolej. Maksud nya, event tu antara pelajar dan guru-guru kos ini dan juga kanak-kanak lah. Yang bestnya, dekat kv yang ada kos ni, ada prasekolah, taska dan lain-lain yang berkenaan dengan kanak-kanak. Kanak-kanak pun mestilah ada.
 
Kalau hangpa taktau nak mohon mana, mohon kos apa. Pergi google pasal kos yang ada dekat KV. KV kalau dulu senang lah masuk tapi sekarang susah sikit lah. Semoga berjaya. Assalamualaikum.
[ 0 comments ]